Kampung Gombizan |
Kg.Gombizan ialah salah satu Kampung menternak dan memproses lebah madu di Daerah Kecil Matunggong. Jarak dari Pekan Baru Matunggong ialah lebih kurang 5KM. Terdapat satu tempat menarik yang terdapat di Kg.Gombizan, iaitu menternak lebah madu.Dan pengunjung boleh melihat sendiri lebah-lebah membiak di dalam tempat yang disediakan.
Kampung Sumangkap |
Kg.Sumangkap adalah salah sebuah kampung yang menghasilkan Gong dan Kulintangan. Pengusaha - pengusaha gong di kampung ini memiliki bengkal sendiri setelah menerima peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah.
Kampung Bavanggazo |
Kg.Bavanggazo menyediakan rumah panjang yang mana terdapat Dua penguasa rumah panjang di Kg.Bavanggazo dan boleh di tempah mengikut kemudahan yang disediakan.
Terdapat juga kawasan-kawasan yang berpotensi dibangunkan sebagai Destinasi Pelancongan:
1. Pulau Matunggong
2. Pantai Terongkongan
3. Pantai Suangsuka Laut
4. Pantai Indarason Laut
5. Pantai Marimbau Laut
6. Pantai Rukom Laut
7. Pantai Bingolon Laut
8. Pantai Laya-Laya
9. Pantai Sikuati (Badarag)
10. Pantai Taringai Laut
11. Pantai Mambatu Laut
12. Pantai Tagumamal Laut
13. Pantai Sebayan
Acara Tahunan |
Acara tahunan di dalam daerah:
1. Festival Gong Matunggong
2. Sambutan Pesta Kaamatan
3. Sambutan Hari Kemerdekaan
4. Sambutan Maulidur Rasul
5. Sambutan Maal Hijrah
6. Festival Kesenian Islam
7. Majlis Tilawah Al-Quran
8. Semua Acara di adakan di Dewan Terbuka Matunggong